Thursday, July 29, 2010

BENGKEL iQ-PSS DAN i-NILAM

Bengkel tersebut telah diadakan pada 27.07.2010 jam 2.00-5.00 petang di Bilik Merpati Putih, PKG Port Dickson. Seramai 26 orang peserta yang terdiri dari Guru Perpustakaan dan Media dari 25 buah sekolah ahli PKG Port Dickson. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh En. Mohd Aris b. Yusof, PTP Unit PSP BTPNNS.

Tujuan bengkel diadakan untuk mengemaskini data iQ-PSS dan pendaftaran Data Murid dalam i-NILAM secara Online.








PEMILIHAN TOKOH NILAM

Pemilihan tokoh nilam telah dijalankan pada 14.07.2010 jam 2.00-5.00 petang seramai 4 orang peserta dari sekolah rendah telah mengambil bahagian. Hakim-hakim yang terlibat dalam pemilihan tersebut ialah Pn. Rohayu binti Salam, PTP PKG Mantin dan Pn. Rosmalwati binti Abdullah, PTP Unit PSP BTPNNS.

Keputusan ialah seperti berikut:

1. Muhammad Khairil Ariff b. Mohamad Robaie - SK SiRusa (Pertama)
2. Hanis binti Mohd Zainurin - SK Telok Kemang (Kedua)
3. Hu Yi Xian - SJC Tanah Merah Site A' (Ketiga)
4. Lee Kong Ming - SJK C St. Leonards (Keempat)


Tahniah kepada para peserta dan pemenang.

Wednesday, March 10, 2010

i-NILAM

Kepada guru-guru NILAM, dapatkan panduan mengisi i-NILAM pada pautan di sebelah kanan blog.

Thursday, March 4, 2010

Pautan KPM online

Admin memaklumkan kepada semua guru ICT dan GPM sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson, bahawa pada pada tahun 2010, segala aktiviti PKG Port Dickson tidak dapat dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah berkaitan dengan tuntutan perjalanan dan juga makan dan minum tuan-tuan dan puan-puan ketika bengkel diadakan.

Pihak kami akan menjalankan bengkel dan juga mesyuarat jika keadaan kembali seperti sediakala. Sebagai alternatif, PKG telah menghantar surat-surat makluman ke sekolah tuan/puan berkaitan dengan PSS dan juga ICT. Seperti pemantauan SPPICT, iQPSS & iNILAM secara online.

Admin telah membuat senarai pautan tersebut di sebelah kanan blog. Pihak PKG amat mengharapkan tuan/puan dapat mengambil tindakan segera untuk mengisi data yang diperlukan dalam laman web tersebut. Jika pihak tuan/puan mempunyai masalah dan juga pertanyaan, sila berhubung dengan PTP PKG Port Dickson. Pihak kami sentiasa sedia membantu tuan/puan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Bahan edaran terbitan BTPKPM juga boleh diambil di PKG Port Dickson. Borang penerimaan bahan boleh dimuat turun melalui blog ini pada ruangan muat turun bahan.

Wednesday, March 3, 2010

PEMANTAUAN, KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT

Kepada semua guru-guru Perpustakaan dan Media dan Guru ICT sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson...pemantauan dan khidmat bantu berkaitan dengan PSS dan ICT sedangkan dijalankan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Port Dickson.

Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan PSS dan ICT, guru-guru berkaitan boleh bertanya dan meminta pandangan kepada pegawai-pegawai yang berkaitan ketika mereka hadir ke sekolah tuan-tuan.