Friday, October 30, 2009

INFO TERKINI PKG PORT DICKSON

1. Borang pencalonan tokoh NILAM boleh di muat turun pada pautan muat turun bahan.

2. Kepada semua GPM, sila kemas kini blog PSS anda kerana Majlis Teknopen akan diadakan dalam bulan November nanti.

3. Borang pencalonan GPM boleh diambil di PKG Port Dickson

4. Kepada semua guru-guru sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson yang ingin menyertai
pertandingan Membina Power Point, boleh menghantar terus bahan ke PKG Port Dickson.

Jika ada pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai teknologi pendidikan bertugas di PKG Port Dickson.

Friday, October 23, 2009

Bengkel Membina PSS Sekolah-sekolah Ahli PKG Port Dickson



Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru sekolah ahli PKG Port Dickson yang telah menghadiri bengkel membina blog pada 20 Oktober yang lalu. Amat diharapkan anda semua dapat memanfaatkan ilmu blogging yang telah diberikan. Insyaallah, PKG Port Dickson akan mengadakan bengkel kali ke 2 pada bulan November nanti. Dapatkan juga info terkini PKG melalui blog ini dari masa ke semasa.

Monday, October 12, 2009

Latihan dan Bengkel di PKG Port Dickson

1. PKG Port Dickson akan mengadakan latihan dan bengkel untuk juruteknik makmal komputer sekolah-sekolah ahli PKG P.Dickson dan PKG Chuah pada :

Tarikh : 14 Oktober 2009
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat: PKG Port Dickson

2. Bengkel dan taklimat untuk Guru ICT atau Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson

Tarikh : 19 Oktober 2009
Masa : 2.30 pm - 5.00 pm
Tempat : PKG Port Dickson

3. Bengkel Pembinaan Blog PSS untuk Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson

Tarikh : 20 Oktober 2009
Masa : 2.00 - 5.00 pm
Tempat : PKG Port Dickson

Surat-surat panggilan akan di fax ke sekolah-sekolah. Jika terdapat sebarang masalah, boleh berhubung terus dengan Pegawai Teknologi Pendidikan yang bertugas di PKG Port Dickson.